Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Sambal Sotong Sumbat Telur Sedap Hingga Menjilat Jari, Rugi Tak Cuba

Resepi Sotong Sumbat Telur, senang bukan? Kalau pening tak tahu nak masak apa masa bulan puasa ini, bolehlah cuba sambal sotong sumbat telur ini. Mesti anak-anak pun suka dan minta masakkan lagi nanti. Resipi sotong sumbat telur ini tidak berapa terkenal, namun bila sekali dah makan susah nak lupa rasanya. Rasa lemak dan manis telur ditambah pula dengan daging sotong berjus segar memang nikmat benar rasanya. Berikut adalah resepinya, jom cuba.

Bahan-bahan Diperlukan :

A. Inti Sumbat :

  • 2 biji telur ayam
  • Lobak (dicincang)
  • Sosej (dicincang)
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu besar mayonis

Cara penyediaan bahan A :

  1.  Campurkan semua bahan dan goreng hancur.

B. Sambal Sotong :

  • 3 ekor sotong
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 biji bawang merah (dipotong bulat2)
  • 2 sudu sos cili

Minyak untuk menumis

  • 3 batang pencungkil gigi/lidi
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Cara :

  1. Sumbat sotong dengan telur yang telah dimasak dan tutup semula bahagian berlubang dengan kepala sotong. Cucuk dengan menggunakan pencungkil gigi atau lidi.
  2. Kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak atau masak.
  4. Masukan serbuk kari dan sos cili.
  5. Kemudian masukkan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukkan gula, garam dan air asam jawa secukup rasa sebelum masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat dan dihidang.

SELAMAT MENCUBA 🙂