Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Mudah Dan Ringkas. Memang Sedap Gila.

Resipi Sambal Tempoyak Ikan Bilis sangat mudah dan ringkas. Masakan tempoyak ini adalah resepi turun temurun dari atuk nenek kita. Selalunya orang buat sambal ikan bilis, tapi kali ini buat sambal tempoyak ikan bilis. Siapa penggemar durian dan tempoyak harus cuba resipi ringkas dan lazat ini. Rugi kalau anda tak mencuba, berikut adalah cara cara resepi membuat masakan sambal tempoyak ikan bilis.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Ikan bilis (lebih kurang segenggam penuh atau ikut anggaran sendiri)
  • Tempoyak 3-4 sudu besar
  • Bawang besar satu biji (dihiris)
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak

Bahan-Bahan Untuk Dikisar/Ditumbuk :

  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili padi 15-25 biji (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
  • Cili merah 1-2 biji

Cara Cara :

  1. Gorengkan ikan bilis sehingga garing kemudian letakkan ke tepi.
  2. Tumiskan bawang besar dan bahan yang telah dikisar. Kemudian masukkan garam dan kacau.
  3. Masukkan tempoyak kemudian gaul sehingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul sehingga sebati.

SELAMAT MENCUBA 🙂