Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Sambal Udang Petai Kegemaran Rakyat Malaysia .

Sambal udang petai adalah hidangan yang cukup membuka selera terutamanya buat penggemar ulam petai. Walaupun petai mempunyai bau yang kurang menyenangkan, tapi rasanya sedap dan mempunyai khasiat yang sangat tinggi seperti mengurangkan risiko tekanan darah tinggi .Kombinasi udang dan petai juga sangat terbaik sehingga dapat memukau dan menambat hati rakyat Malaysia .

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 500 gram udang
  • 1 mangkuk ulas petai
  • 1 batang serai (diketuk)
    1 mangkuk minyak masak
    1 biji bawang besar (dihiris bulat)
    3 sudu air asam jawa
    2 sudu besar sos tiram
    15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus (di kisar)
    1 biji bawang besar(dikisar)
    4 biji bawang merah (dikisar)
    4 ulas bawang putih (dikisar)
    2 inci halia (di kisar)

 

Cara Cara :

  1. Buang kulit dan bersihkan udang.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali
  3. tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Jika sambal agak kering, tambahkan sedikit air dan kacau sehingga sambal betul-betul masak.
  5. Masukkan air asam jawa dan sos tiram kemudian diikuti serai, udang, petai dan bawang besar.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.