Samperit merupakan kuih yang selalu kita jumpai semasa musim perayaan .Pelbagai variasi yang kita lihat seperti samperit biasa atau samperit susu . Kuih Samperit ini mudah di buat kerana bahan bahannya yang sedikit dan mudah di dapat di pasaraya atau kedai berdekatan .
Bahan-bahan Diperlukan:
- 250 gram mentega
- 1 cawan susu pekat
- 500 gram tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanilla
- coklat chip atau ceri merah dipotong dadu (untuk hiasan)
Cara Cara :
- Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika.
- Dengan menggunakan mixer pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin.
- Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang.
- Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh selama 10 minit.
- Masukkan ke dalam peti ais untuk rehatkan doh.
- Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.
- Terap dan hias bersama coklat chip atau ceri merah
- Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C.
- Angkat dan sejukkan di atas cooling rack.
- Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara.
- SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply