Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Serunding Ikan Kembung Boleh Buat Stok Ramadhan 2020. Jom Cuba.

Serunding Ikan memang popular, lebih lebih lagi bila tiba bulan puasa. Bila sahur kan tak ada selesa, jadi serunding ini memang sesuai benar untuk dijadikan lauk. Jangan tak tahu serunding ini juga sesuai dijadikan inti popia simpul dan karipap mini tau. Jom kita cuba membuat serunding sendiri.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Ikan kembung 3 kg
  • Bawang merah kecil 12 biji
  • Bawang putih 7-8 ulas
  • Bawang holland 1 biji
  • Halia 2 inci
  • Kunyit 2 inci
  • Lengkuas 2inci
  • Serai 4 btg
  • Cili kering (saya beli yang Rm1 potong, rebus dan blend sendiri)
  • Asam keping 2 pcs
  • Santan 1 biji kelapa (ambil yang pekat sahaja)

Cara Cara:

  1. Ikan kembung 3kg (rebus asam + garam) toskan dan buang kan tulang ya.
  2. Bawang merah kecil, Bawang putih, Bawang holland, Halia, Kunyit, Lengkuas, Serai, Cili kering (perlu dikisar semua bahan ini)
  3. Bahan yang di blend  perlu di masak sehingga naik bau.
  4. Letak ikan yang telah di buang tulang, Letak santan, asam keping dan gula garam secukup rasa (jika nak letak nissey pun boeh juga ye).
  5. Keringkan sehingga kering.
  6. Saya masak selama 2jam bagi kering (sila refer gambar yang atas sekali)
  7. Siap.

SELAMAT MENCUBA 🙂