Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Singgang Pedas Ikan Berkhasiat Dan Mudah. Menu Sihat Seisi Keluarga.

Singgan ikan pedas merupakan resepi yang sungguh mudah tetapi sangat sedap dan menyihatkan kerana semuanya direbus. Masakan ni walaupun mudah tetapi sangatlah membuka selera lebih-lebih lagi jika menggunakan ikan yang segar. Masa untuk membuatnya juga tidak begitu lama. Mari kita lihat cara-caranya.

luara

 

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 4 ekor ikan kerisi
  • 5 biji ciliapi
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit
  • 3 cawan air
  • 5 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • 2 kuntum bunga kantan (Dibelah 2)
  • 8 tangkai daun kesum

 

Cara Cara :

  1. Ikan kerisi dibuangkan sisik dan dibersihkan. Kelarkan.
  2. Masukkan ciliapi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.
  3. Masukkan bahan kisar, asam gelugor, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
  5. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit.
  6. Hidangkan.

SELAMAT MENCUBA 🙂