Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Sosej Ayam+Sayur Homemade Yang Lebih Berkhasiat.

Asal jumpa tempat jual sosej ja, anak anak asyik nak beli. Bukan bagus sangat makan makanan yang berproses ni. Bila dah dapat cara membuat sosej ni rasa lega la sikit, bolehlah isi dengan bahan bahan yang berkhasiat, tidaklah risau lagi dengan bahan bahan yang ada didalam sosej seperti pengawet dah yang lain. Anak anak pasti tidak akan menolak bila ditawarkan makanan jejari seperti sosej dan nugget ni. Bagi ibu ibu yang ingin mengawal pengambilan makanan yang berproses ini, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Berikut adalah cara caranya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Sebiji ubi kentang
  • 4-5 ketul dada ayam
  • 2 biji telor
  • Apa-apa sayuran (saya letak daun sup + carrot)
  • Sebiji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
  • Tepung ubi 4sudu bancuh dgn air setengah gelas

Cara Cara :

  1. Campurkan kesemua dan bland.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan tersebut kedalam plastik aiskrim ikat hujung kiri dan kanan
  3. Kemudian rebus dalam 10-15 min.

(Goreng jika nak makan. Yang lebih boleh simpan)

SELAMAT MENCUBA 🙂