Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Sotong Bakar Thai. Tak Perlu Lagi Pergi Ke Thai, Ini Resepinya.

Sotong Bakar Thai

Aduuuuhhh. Rindu betul dengan masakan Thai. Terliur setiap kali teringat dengan masakan Thai. Sedap. Nak pulak sotong bakar yang besar dan sos cicah yang sedap tu. Terus tak toleh kiri kanan kalau dah dapat makan.

Jom try resepi ni. Mana tahu lepas ni tak perlu lagi ke Thailand semata-mata nak  makan sotong bakar.

Sotong bakar

Bahan-Bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang akan digunakan untuk resepi ini.

  • Sotong saiz besar
  • Isi udang segenggam
  • Telur 1 biji

sotong mentah

Bahan Sos:

  • 5 ulas cili kecil
  • 4 sudu gula
  • Secubit garam
  • 3 sudu cuka makan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Hirisan daun ketumbar

bahan

sos thai

Bahan Kisar Untuk Inti:

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 hirisan halia

Nota : Semua bahan-bahan adalah mengikut kuantiti dan saiz sotong.

Cara-Cara Membuat Inti:

  • Hancurkan isi udang dan gaul dgn telur dan bahan kisar tadi.

Cara-Cara Menyumbat Inti:

  • Sumbat inti tadi dalam sotong. Ambil lidi untuk cucuk kepala sotong dan lekatkan kepala dan badan sotong.

Cara-Cara Memasak Sotong:

Bakar sotong sumbat tadi, guna pemanggang ajaib pun boleh . Kemudian bila sotong sudah masak, kelar sedikit sotong dan pastikan jangan sampai sotong terpotong dan terpisah.

sotong kelar1

Cara-Cara Membuat Sos:

Tumis semua bahan. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.

Cara-Cara Hidangan:

Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap utk dimakan.

sotong1