Sotong, antara seafood yang digemari ramai kerana rasanya yang sedap, mudah disedia dan sedap dimakan. Menariknya, sotong boleh dipelbagai cara memasak dan menu ikut selera keluarga korang. Kepada penggemar sotong, resipi Sotong Masala ni antara yang wajib cuba. Sedap, mudah dan penuh perisa. Pasti tak menyesal.
Bahan-bahan Diperlukan :
Bahan perap sotong:
- 500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
- 2 biji cili hijau | hiris bulat
- 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh rempah masala
- 1 biji tomato | potong dadu
- 2 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa.
- 2 sudu makan minyak masak
Cara Caranya :
- Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
- Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
- Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
- Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
- Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply