Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Spagetti Carbonara Yang Sangat Simple Dan Sedap !

Spaghetti Carbonara berasal dari Italia, dan sudah berkembang hingga luar Eropah. Spaghetti carbonara ialah pasta yang dihidangkan bersama sos yang berasaskan telur, keju, dan daging.  Spaghetti carbonara sangat sesuai dihidangkan untuk makan bersama rakan ataupun keluarga. Rasanya yang unik dengan cheese dan daging membuat ia menjadi kesukaan ramai namun harganya agak mahal. Juga biasanya spaghetti carbonara hanya tersedia di restaurant western food. Rasa lazat daripada pasta dan sos keju yang pekat sangat memanjakan selera. Namun, sekarang anda tidak perlu risau kerana Resepikini.com telah berkongsi resepinya. Berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 1 paket spaghetti
  • 1 biji bawang besar Holland cincang
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 5 batang sosej
  • 1 tin cendawan
  • 2 tin sos cendawan carbonara Prego
  • 1 liter susu segar
  • Lada hitam
  • Oregano flakes

Cara Cara :

  1. Tumiskan bawang besar & bawang putih.
  2. Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris.
  3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
  4.  Tuangkan sos cendawan.
  5.  Tuangkan susu. Perasakan dengan garam. siap.
  6. Spaghetti rebus macam biasa hingga lembut dengan tambah sedikit minyak masak & garam, agar tidak melekat.

SELAMAT MENCUBA 🙂