Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Stok Daging Banyak Di Rumah? Jom Buat Daging Goreng Kunyit Basah-Basah Kelantan Style. Memang Sedap.

Stok Daging Banyak Di Rumah_ Daging Goreng Kunyit Basah-Basah Pun Sedap. (1)

Banyak betul stok daging dalam peti ais saampai tak tahu nak masak apa. Sekali sekala jom cuba resepi daging goreng kunyit @bydani yang basah-basah sikit ni. Tak terlalu kering. Kiranya resepi ni ala-ala daging goreng kunyit Kelantan style.

Stok Daging Banyak Di Rumah_ Daging Goreng Kunyit Basah-Basah Pun Sedap.

Resepi Daging Goreng Kunyit

Bahan-Bahan

  • Daging hiris ikut suka
  • Kacang panjang (Dihiris)
  • Bawang holland (Dihiris)
  • Cili (Dihiris)

daging goreng kunyit bahan 1

Cara Penyediaan

  • Sediakan periuk atau kuali. Letak daging. Hidup kan api. Biar air daging keluar.
  • Masukkan sos tiram dan serbuk kunyit.
  • Masak smpai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau perlahan biar semua sebati dan lembut serata.
  • Bila daging dah lembut, air dah kering & tinggal sikit, dia akan terbit minyak dari lemak-lemak daging tu.
  • Kalau nak tambah minyak silakan. Ikut kesukaan masing-masing.
  • Masukkan bawang dan kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili.
  • Tak perlu masukkan garam sebab dah guna sos tiram. Rasa dahulu. Jika kurang garam, anda boleh tambahkan garam.

daging goreng kunyit nak siap

daging goreng kunyit dah siap

Daging Goreng Kunyit Basah-Basah dah siap.

Alamak, terliur tengok bila dah siap. Cepat hidangkan dengan nasi. Ini makan sekali tak cukup ni.

Selamat menjamu selera.