Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Suci Dalam Debu , Rangup dan Sedap !

Suci Dalam Debu atau dikenali sebagai Popia Nestum . Selalunya dihidangkan sewaktu hari raya sebagai hidangan istimewa . Keranggupannya membuat para tetamu tidak lekang dari terus memegang balang berisi suci dalam debu tersebut .  Di tambahan pula dengan kemanisan susu dan nestum itu sendiri bertambah lagi selera tetamu .

Bahan-bahan Diperlukan:

  • kulit popia (dipotong 4)
  • 2 sudu besar Nestum
  • 2 sudu besar Susu tepung
  • 1 sudu besar gula

 Cara Cara :

  1. Mula – mula, lipat kulit popia yang telah dipotong empat 2 kali dari bucu ke bucu. (Pastikan ia tidak terbuka.)
  2. Untuk melekatkannya, lebih mudah titiskan air di bucu kulit popia seperti gam.
  3. Panaskan kuali sehingga betul – betul panas.
  4. Masukkan kulit popia ke dalam kuali.
  5. Gorengkan ia sekejap sahaja kerana ia mudah masak.
  6. Blendkan nestum, susu tepung dan gula bersama.
  7. Golekkan popia yang telah siap digoreng di dalam mixture tadi.
  8. Golekkan sampai habis popia goreng.
  9. Kalau tak cukup mixture, buat mixture yang baru dengan mengulangi langkah 4 tadi.
  • SELAMAT MENCUBA 🙂