Siapa ja yang tak makan sup kan. Sup ayam juga boleh dimakan begitu sahaja, dihidangkan dengan pasta dan roti. Sepertimana ramai rakyat Malaysia sudah pasti lebih suka, dengan hidangan besar nasi. Tambahan pula resepi sup ayam ini sangat mudah dan tidak membuang masa jika bergelut untuk pergike kerja bagi ibu ibu yang bekerjaya. Sesuai sangat kalau tengah blur nak masak apa. Jom tengok macam mana cara cara masak sup mudah ini.
Bahan-bahan Diperlukan:
- Ayam 1/2 ekor
- Ubi kentang 2 biji
- Tomato 1 biji
- Bawang merah 8 ulas
- Bawang putih 5 ulas
- Halis 5 cm (dipotong & ditumbuk)
- Sup bunjut adabi
- Bunga lawang 4
- Lada hitam sedikit
- Biji ketumbar sedikit
- Kulit kayu manis 2
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Secukup rasa Maggi
Cara Cara :
- Masukkan ayam ke dalam periuk. Isikan air 3/4 periuk. Panaskan ayam tersebut.
- Bawang merah, bawang putih & halia ditumbuk. Lada hitam dan biji ketumbar juga perlu ditumbuk.
- Panaskan kuali & tumis bawang merah, bawang putih, halia & kulit kayu manis. Tunggu sehingga naik bau.
- Angkat dan masukkan ke dalam periuk tadi.
- Sup bunjut Adabi, biji ketumbar, bunga lawang, lada hitam & ubi kentang.
- Kemudian masukkan gula, garam & secukup rasa Maggi.
- Lepas itu, masukkan tomato.
- Lebih kurang 40 minit sup ayam boleh dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply