Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Tart Cheese Homemade Terbaik. Rugi Tak Cuba.

Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti menggemari cheese tart ini kan? Makan satu pasti tidak cukup. Apakata kita cuba buat sendiri , pasti puas makan. Tambahan pula kalau nak beli yang dijual ni bole tahan jugak harganya. Untuk penggemar tart cheese bolehlah cuba resepi ini dapat lebih jimat dan pasti berpuas hati. Resepikini.com nak share resepi tart cheese yang sedap, berikut adalah cara caranya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 250gm cream cheese (saya guna philadelphia)
  • 70gm icing sugar (nak manis tambah ler lebih sikit, tapi yang ni just nice dah)
  • 70gm butter (saya guna anchor)
  • 50ml UHT whipping cream
  • 1 sudu kecil lemon
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 biji telur kuning (pastikan telur di basuh dahulu yer)
  • Blueberry/strawberry/kiwi filing, apaa2 jer la, filling yang suka. (yang ni saya guna blueberry)

 

Cara Cara :

  1. Pukul cream cheese, butter dan gula icing sehingga sebati. Guna hand mixer je.
  2. Lepas tu masukkan UHT whipping cream dan telur. Pukul lagi.
  3. Last sekali masukkan tepung jagung dan lemon. Pukul lagi, sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan di dalam piping bag.
  5. Kemudian ambil sikit jer untuk warnakan dengan food colouring sebab nak buat corak2.
  6. Dah bancuh ketepikan dan masukkan di dalam piping bag.
  7. Susu tart shell dalam tray. Pipekan blueberry di dalam tart shell.
  8. Bila dah pipe semua tart shell dengan blueberry filling. Pipekan bahan2 cheese tadi dengan cara menegak 90 darjah.
  9. Pipe penuh2. Baru naik gebu gebas, lagi tinggi isi, lagi gebu la….
  10. Dah siap tu, amik bahagian yang di warnakan tadi.
  11. Buat 5 titik atas tu dan tarik ke bawah guna tooth pick yang bersih.
  12. Dah siap semua, bakar 180′ dalam 7-8min. (ikut oven masing2….ada yang oven 160′)

(Nak tau masak ke tak, bila letak jari kat atas dia tak melekat)

SELAMAT MENCUBA 🙂