Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Tart Gulung Nenas Cair Dimulut & Jemnya Yang Sangat Marvelous!

Bila sebut resepi tart nenas , terus terbayang keenakkan biskut raya yang ni kan.Dengan rasa tart yang cair dalam
mulut dan diilengkapkan pula dengan manis masam jem nenas, memang sungguh mengasyikkan.Tak perasan
Untuk resepi tart nenas ni, anda boleh tentukan sendiri tahap kegebuan tart iaitu dengan menentukan kuantiti
butter atau marjerin yang digunakan dalam doh.

Jika anda suka tart nenas yang rangup – guna marjerin sahaja. Jika anda suka tart nenas yang rangup dan gebu – campurkan sukatan marjerin dan juga butter. Jika anda suka tart nenas yang gebu mencair dalam mulut – gunakan unsalt butter sahaja.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 1 cawan mentega
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 30gm gula icing
  • 3 cawan tepung gandum – diayak. Jumlah boleh tambah kalau doh lembik
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu sudu makan tepung ubi kayu
  • 1 sudu teh essen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • Pewarna kuning lemon

Hiasan

2 biji kuning telur
1 sudu makan susu manis
Pewarna kuning lemon

Cara Cara :

  1. Satukan mentega, gula aising, minyak sapi dan esen vanilla. Sebatikan.
  2. Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning. Kacau rata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
  4. Kemudian terap doh dengan acuan yang disukai. Biarkan doh selama 1 jam baru sapu kuning telur.
  5. Bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit. Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masingmasing.

SELAMAT MENCUBA 🙂