Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Tau Fu Fa Guna 3 Bahan Jee. 15 Minit Dah Siap Guys.

Antara makanan yang paling popular di pasar malam adalah Tau Fu Fa. Kalau dahulu di makan bersama gula putih tetapi sekarang resepinya di perbagaikan untuk pilihan pembeli. Selain gula putih ada juga gula melaka dan Tau Fu Fa yang diperasakan dengan perasa pandan. Sebenarnya tidaklah susah untuk membuat Tau Fu Fa cuma memerlukan kesabaran dan sedikit masa untuk membuatnya. Berikut adalah resepi Tau Fu Fa.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Air soya (2 kotak besar)
  • Agar agar bertali (1 bungkus)
  • Gula melaka (1 ketul untuk kuah)

Cara Cara :

  1. Didihkan secawan air dan masukkan agar-agar. Kacau sehingga larut.
  2. Masukkan soya untuk beberapa minit dan tutup api.
  3. Tapis untuk dimasukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
  4. Untuk kuah, didihkan air dan gula melaka.
  5. Apabila air rebusan tadi sudah beku boleh lah dihidangkan bersama air gula melaka tadi.
  6.  Siap !!! Senang dan simple sangat. (Boleh di makan semasa panas dan sejuk)

P/s : Boleh letak daun pandan semasa didih untuk bagi wangi.

SELAMAT MENCUBA 🙂