Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Tauhu Bergedil Memang Sedaplah Sampai Menjilat Jari, Rugi Tak Cuba.

Memang sedap gilalah resepi tauhu bergedil yang lengkap dengan lauk kegemaran lepastu cicah pulak dengan sambal kicap fuhhh memang meletup. Buat sendiri jauh lebih sedap berbanding beli di pasar malam. Makanakan tidak isi daging lebih kurang nak samakan dengan kentang. Tu yang membuka selera. Lagipun kalau buat sendiri kebersihan lebih terjamin ketika membuat tauhu bergedil. Lebih baik kita buat sendiri lebih meletop. Berikut adalah resepinya, Jom cuba..

Bahan-bahan Diperlukan :

  •  Kentang 7-8 biji (untuk 23-25tauhu)
  • Daging kisar 200 gram
  • Tauhu pok
  •  Daun sup*
  • Bawang goreng*
  •  Garam*
  •  Lada hitam*
  • Serbuk perasa*
  • Bawang holland

Cara Cara :

  1. Kupas kentang dan potong 4.
  2. Rebus kentang sampai empuk.
  3.  Sementara tu potong dadu sedikit bawang holland. Untuk tumis bersama daging kisar
  4.  Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan daging kisar. Masak sehingga kering.
  5.  Bila kentang dah empuk, angkat dan toskan. Lenyekkan kentang masa kentang tu masih panas.
  6. Masukkan daging yang dah siap masak.
  7.  Campurkan bersama bahan2 bertanda *. (Bahan2 ni main agak2 je. Ikut taste masing2)
  8. Gaul rata semua bahan. Lepas tu rasa. (Kot la terkurang garam ke. Kurang rasa ke)
  9.  Gunting bentuk X kat bahagian atas tauhu.
  10. Sumbat inti dalam tauhu cantik2.

Cara Cara Goreng :

  1. 3 biji telur
  2. Garam sikit

(Pukul telur bersama garam. Celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas)

Cara Penyedian Sos :

  1. Cili kering di kisar secukup hati, bawang 2-3 ulas dipotong kecil (agar senang untuk di kisar) & jangan lupa 2 biji bawang putih turut sama di kisar (cili padi ikut tahap ketahanan pedas)
  2. Dah siap dikisar kesemua bahan. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang tadi sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar dan gaulkan sehingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan cili padi yang dikisar bersama gaul juga sehingga naik minyak (jangan sampai hangit sudah lah)
  5. Kemudian masukkan tepung jagung untuk memekatkan lagi kuah tadi dan bahan perasa seperti aji garam dan sedikit gula melaka/perang . (Rasa awak sendiri yang bajet sama ada nak manis, masam atau pedas)

SIAPPP!! SEDIA UNTUK DIHIDANG 😋

SELAMAT MENCUBA 🙂