Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Telur Ikan Goreng Kunyit Mudah Dan Ringkas, Jom Cuba.

Telur ikan ni memang bagus untuk jantung tambahan pula rasanya pon sedap kalau dah ada depan mata, memang terliurlah jawabnya. Dikatakan telur ikan ni ada pelbagai khasiat yang kita tak pernah ketahui. Dan salah satunya adalah sesuai untuk menyihatkan jantung selain menyihatkan salur darah ke jantung, telur ikan juga dikatakan mampu mengelakkan kita terkena serangan kanser payudara. Rasanya pon lebih kurang sedap memang takkan menyesalah kalau cuba. Berikut adalah resepinya, sekali cuba mesti nak lagi.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 500 gm telur ikan tenggiri
  • 1 ulas bawang besar ( hiris)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • 1/2 inci halia ( hiris )
  • 10 tangkai cili padi merah (hiris)
  • Kunyit
  • Garam
  • Minyak masak

Cara Cara :

  1. Gaulkan telur ikan bersama garam, kunyit dan goreng sehingga garing.
  2. Setelah semuanya telur ikan dah goreng garing, tumiskan hirisan bawang-bawang, halia dan cili padi tadi sehingga ranum baunya.
  3. Masukkan telur ikan yang sudah digoreng dan di gaul rata. Biarkan selama 2 minit
  4. Hidangkan bersama Nasi putih panas.

SELAMAT MENCUBA 🙂