Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Tips Memilih Durian Yang Manis, Isi Tebal dan Elok. Ikuti 10 Tips Ini.

Musim Durian datang lagi. Bau durian yang menusuk hidung dengan rasa yang lemak manis gebu. Bulan puasa ni tahan air liur saja lah. Ada beberapa Tips dan Cara Memilih Durian yang sedap manis dan pastinya berbaloi buat kita. Untuk mengelakkan ditipu ketika membeli durian, eloklah baca sedikit tips memilih durian ini.

Antara tips memilih Durian tersebut adalah:

  1. Bentuk bulat
    Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.
  2. Berat durian
    Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.
  3. Tangkai
    Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.
  4. Bunyi
    Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.
  5. Duri
    Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.
  6. Bau
    Hidu durian dan cari yang berbau manis.
  7. Kulit
    Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.
  8. Warna
    Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.
  9. Musim
    Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.
  10. Juring
    Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.