Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Tomyam Putih Ala Thai, Sesuai Untuk Yang Tidak Menggemari Masakan Pedas

Tomyam Putih Ala Thai, Sesuai Untuk Yang Tidak Menggemari Masakan Pedas

Bagi yang tidak suka dan tidak boleh makan masakan pedas, tomyam putih adalah alternatif yang sedap dan terbaik buat anda. Rasanya juga seperti tomyam biasa namun apa yang berbeza adalah kuahnya berwarna putih dan rasanya tidak pedas atau tidak sepedas tomyam biasa. Tomyam putih ini seakan-akan sup tapi rasanya sangat sedap seperti tomyam biasa.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 1/4 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 3 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 6 ekor udang besar
  • 3 batang serai (dititik)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1/2 bawang besar (potong)
  • 6 helai daun limau purut (dikoyakkan sedikit)
  • 1cm lengkuas (dihiris)
  • 3 bawang holland (dibelah 4)
  • 5 biji cili api (dititik sedikit)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • Carrot sedikit
  • Cendawan tiram sedikit
  • Bunga kobis sedikit
  • Beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis (mengikut selera masing2)
  • Garam,gula,serbuk perasa.
  • 8 cawan air

 

Cara Cara :

  1. Masukkan air 8 cawan, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. – Rebus semuanya hingga mendidih.
  2. Setelah agak2 ayam masak (lebih kurang 5-7minit)
  3. Masukkan sotong, udang dan daun limau purut
  4. Selepas itu masukkan semua sayuran
  5. Setelah mendidih masukkan garam dan serbuk perasa
  6. Tutup api & masukkan perahan limau. Sedia dihidangkan

SELAMAT MENCUBA 🙂