Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Tortilla Wrap Ala KFC. Mudah Dan Jimat Wang!

Kadang-kadang jemu jugak siang malam asyik makan nasi. Sesekali dapat makan Tortilla Wrap Ala KFC sedap juga. Bukan sahaja mudah dibuat tapi dapat juga jimatkan wang anda,jika dibeli diluar pasti harganya boleh tahan mahal!. Mari kita lihat resepinya.

Bahan-Bahan

  • Roti tortilla (Mission Wrap)
  • Isi ayam (Bahagian ada & potong kecik)
  • Salad
  • Tomato
  • Lobak (Hiris halus-halus)
  • Timun (Hiris halus-halus)
  • Cheese
  • Mayonis
  • Sos thousand island

 

 

Cara Penyediaan

  1. Roti mission Wrap dibakar dalam oven 2-3 min.
  2. Ayam goreng tepung, beli yang kentucky.
  3. Sapu rata mayonis atas roti wrap & letak bhn2 tadi ayam, salad, lobak, timun, keju & sos thousand island.
  4. Last sekali gulung roti & siap.

Selamat Mencuba.