Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Udang Goreng Berempah Padu, Sedap Hingga Menjilat Jari

Bila sebut berempah pasti kita akan terbayang menu ayam goreng berempah kan?  Jangan tak tahu, selain ayam berempah kita juga boleh buat menu lain seperti daging, sotong dan juga udang. Menu udang paling sedap kerana manis udang tersebut dan ranggup bila digoreng. Mari kita lihat cara-caranya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 10 ekor udang galah
  • 1/2 biji bawang merah/besar- di potong bulat
  • 2 cm halia-di mayang
  • 5 helai daun kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Cara :

  1. Bersihkan udang,tos dan keringkan airnya.
  2. Kemudian masukkan serbuk kunyit,serbuk cili,serbuk kari,serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
  3. Setelah itu masukkan garam secukup rasa
  4. Gaul sebati udang dan perap seketika.
  5. Panaskan minyak,tumis halia mayamg sehingga naik baunya dan masukkan udang dan daun kari
  6. Akhir sekali,masukkan bawang merah dan biarkan sehingga layu. Sedia untuk di hidangkan.

SELAMAT MENCUBA 🙂