Selalunya kebanyakan masakan udang mestilah ditambah dengan petai bukan? Tapi kalini kita cuba kelainan baru pulak, Udang Masak Terung Berapi. Nak tahu sedap atau tidak mari kita cuba.

Bahan-bahan Diperlukan:
- Bawang Merah ( 5 biji )
- Bawang Putih ( 1 biji )
- Asam jawa ( 3 biji ) di campur 1/3 cawan air masak
- Udang 1 kg
- Terung pipit (100g
- Cabai kering (500 g)
Cara Menyediakan dan Memasak:
Puree Chile
- Cabai kering di potong kecil
- Kemudian rendamkan selama 10-20 minit di dalam air panas (untuk mengelakkan terlampau pedas)
- Jika taknak, boleh skip step ke-2, dan terus blender hingga lumat.
- Puree chile bole di simpan di dalam peti sejuk selama 1 – 2 minggu
Cara2 menumis sambal tak sampai 20 minit
- Masukkan 2 cawan minyak masak ke kuali panas.
- Masukkan bawang yang telah dipotong kecil
- Tunggu sehingga bawang bertukar warna keperangan.
- Selepas bertukar warna, masukkan 2 cawan puree chile.
- Tumis sehingga pecah minyak
- Selepas itu masukkan air asam jawa ( ikut citarasa ) ,gula dan secubit garam.
- Masukkan air 1/2 – 1 cawan ( ikut kegemaraan kepekatan seseorang)
- Akhir sekali, masukkan udang dan terung .
Leave a Reply